Azie Said

Azie Said

Tuesday, 17 March 2015

Problem Based Learning (PBL)


 Assalamualaikum and a very good day...

Post kali ni nak cerita tentang apa yang telah dipelajari dalam kelas Communication Technology and Innovation in Teaching and Learning Physics dengan Prof Nurul. Apa yang dipelajari adalah... sebagaimana tajuk post ini yang singkatannya adalah PBL.

Strategi pengajaran yang digunakan oleh Prof Nurul sangat menarik kerana beliau mendedahkan kepada kami tentang PBL ini secara "Mock Teaching". Kami perlu berlakon sebagai pelajar untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Setiap langkah yang dijalani akan dibimbing oleh Prof Nurul dan beliau akan mencadangkan cara-cara yang sesuai untuk merangsang dan membimbing pelajar untuk menyelesaikan masalah yang diberi secara aktif, koperatif dan kolaboratif. 

Sangat menarik dan tidak membosankan. Pendekatan seperti ini memberi mampu memberi pengetahuan dan kefahaman yang mendalam kepada pelajar terutamanya kepada saya yang telah lama meninggalkan zaman pengajian di universiti.

So... ini adalah masalah yang perlu kami selesaikan.

Crossed Circuits

Two roommates are in the middle of an argument when you arrive at their apartment. You have made an appointment with one of them to discuss a physics problem assignment. You overheard the following exchanges:

"How long does it take you to dry your hair?" came a scream from the kitchen. "I'm trying to concentrate on my physics homework!"

"Do you want the answer as a fraction of a year?" came a retort from the bathroom." Look that unit up in your physics text book, Miss Physics Major!”

 "You've been at it for at least 20 minutes. You know, you should have to pay extra toward the electric bill. I bet you spend an hour a day drying your long hair. I think RM5 extra each month would be about right“

"You've gotta be kidding me. With you and your night light burning all night long, I bet you use much more electricity than me! What are you afraid of anyway?"

"Yeah, but sometimes you fall asleep with the TV blaring. I bet that uses much more than my little night light."

"Oh, please! That only happens once a month. Your night light is on every night! Besides, how about your incessant showering. You take at least twice as long in the shower as I do. That must cost much more than running my hair dryer. What do you do in there anyway?"

Can you help the roommates resolve the problem amicably? Who should pay more, Miss Physics or Miss Long Hair? How much extra?

Adapted from www.physics.udel.edu



Kami telah dipecahkan kepada dua kumpulan dan perlu menyelesaikan masalah ini menggunakan  FILA chart.
                              F- Fact         I-Idea      L-Learning Issue    A-Action Plan

Kita layan gambar dulu  

 Carta FILA dan pengiraan kos siapa yang perlu bayar lebih

Muka-muka yang happy selepas dapat menyelesaikan masalah


Sesi refleksi dan summary dengan Prof Nurul

Kedua-dua kumpulan telah memutuskan orang yang berlainan yang perlu bayar lebih dalam masalah ini. Namun itu tidak menjadi masalah kerana dalam PBL, bermacam-macam penyelesaian  yang akan diperolehi oleh pelajar. Apa yang penting adalah pelajar tahu proses penyelesaian yang betul, anggapan-anggapan yang dibuat adalah bersesuaian dan faham kenapa penyelesaian mereka berbeza antara satu sama lain.

Azam saya, in sha allah saya akan mengaplikasikan kaedah ini kepada pelajar-pelajar  saya di sekolah. Pengajaran berpusatkan guru akan saya ubah sedikit demi sedikit kepada pengajaran berpusatkan pelajar supaya pelajar lebih meminati subjek sains dan menganggap sains adalah subjek yang mudah.

Sekian dulu untuk kali ini... always think positive....

Thursday, 12 March 2015

Virtual K-12 Classroom di HKL

Assalamualaikum and a very good day......

Minggu ke-2, virtual class untuk kelas Prof Nurul. Syukur sangat sebab saya ingat saya terpaksa ponteng kerana anak sulung saya, Hakim terpaksa admit ward di HKL untuk MRI procedure.

So sementara menunggu sempat la saya membuat assignment MOOC. Tonton video-video yang telah dimuat turun.




 Sekali tengok video-video ni memang tak berapa faham dan perlu diulang beberapa kali. Banyak juga prosedur dalam Virtual K-12 Classroom ni yang tak berapa pandai untuk dijalani, perlu tanya kawan-kawan yang lain terutama tentang peer assessment. Apa-apa pun banyak ilmu baru yang saya dapat walaupun sebenarnya baru habis tengok video Module 1 :)

Semoga saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan cemerlang... dan tolong doakan anak saya Hakim sentiasa sihat ya....

Sekian dulu... think positively and live happily...



p/s: Perasan tak pesakit sebelah katil Hakim. Dia Chinese Muslim yang memang pure dari China. Tak pandai Bahasa Melayu, borak dengan isteri dia guna bahasa isyarat. Doakan juga supaya dia cepat sembuh yer...


Teknologi Komunikasi dan Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran Fizik


Assalamualaikum and a very good day....


Panjang tajuk untuk first post ni kan.... 
Sebenarnya ini adalah subjek yang sedang diambil masa SEM 3 ni untuk melengkapkan Kursus Sarjana Pendidikan Fizik di UPSI.


Kursus ini di bawah PM Dr. Nurulhuda, seorang pensyarah yang sangat digeruni oleh pelajar-pelajar Master Fizik di UPSI ni. Sori Prof dengan gelaran ni.... Antara sebab-sebab Prof Nurul digeruni adalah kerana beliau sangat terkenal  dengan teknik pengajaran yang inovative, advanced dan up-to-date dengan teknologi terkini. 

Kelas yang pertama adalah pada 27 Feb 2015. Berdebar nak masuk kelas ni sebab..... Prof Nurul adalah my Penasihat Akademik yang memang tak pernah saya pergi jumpa sebelum ini. Sori sekali lagi ye Prof..... Tapi apa yang paling saya impressed adalah... Prof perasan yang saya ni adalah anak buah beliau masa sesi memperkenalkan diri. Masyaallah... segannya....

Selepas Prof memperkenalkan kursus ini dan menerangkan tentang tugasan yang perlu dibuat.....yes, memang tepat seperti yang senior cerita, cara pengajaran Prof Nurul memang advanced. Tugasan yang melibatkan MOOC dan self reflection dalam blog memang dapat meningkatkan peluang dan keupayaan pelajar untuk menggunakan teknologi yang ada.

Kursus ini memang menepati objektif saya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana Pendidikan Fizik, iaitu mendapatkan kaedah pengajaran yang inovatif, kreatif dan selari dengan teknologi kini. Ya... inilah yang saya mahu selepas a very long routine in teaching, hampir  12 tahun mengajar. Saya perlukan pembaharuan dalam kaedah pedagogi saya supaya kaedah saya lebih dinamik dan menarik minat pelajar.

In sha Allah saya akan manfaatkan semua ilmu yang saya perolehi dari kursus ini  sebaik mungkin untuk anak-anak saya di sekolah. Of course saya perlu letakkan banyak usaha, tenaga dan masa untuk melengkapkan kursus ini dengan cemerlang.
Tq Prof atas ilmu yang diberi.

Sekian dulu... jumpa lagi. Think positive always.