Azie Said

Azie Said

Thursday, 12 March 2015


Teknologi Komunikasi dan Inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran Fizik


Assalamualaikum and a very good day....


Panjang tajuk untuk first post ni kan.... 
Sebenarnya ini adalah subjek yang sedang diambil masa SEM 3 ni untuk melengkapkan Kursus Sarjana Pendidikan Fizik di UPSI.


Kursus ini di bawah PM Dr. Nurulhuda, seorang pensyarah yang sangat digeruni oleh pelajar-pelajar Master Fizik di UPSI ni. Sori Prof dengan gelaran ni.... Antara sebab-sebab Prof Nurul digeruni adalah kerana beliau sangat terkenal  dengan teknik pengajaran yang inovative, advanced dan up-to-date dengan teknologi terkini. 

Kelas yang pertama adalah pada 27 Feb 2015. Berdebar nak masuk kelas ni sebab..... Prof Nurul adalah my Penasihat Akademik yang memang tak pernah saya pergi jumpa sebelum ini. Sori sekali lagi ye Prof..... Tapi apa yang paling saya impressed adalah... Prof perasan yang saya ni adalah anak buah beliau masa sesi memperkenalkan diri. Masyaallah... segannya....

Selepas Prof memperkenalkan kursus ini dan menerangkan tentang tugasan yang perlu dibuat.....yes, memang tepat seperti yang senior cerita, cara pengajaran Prof Nurul memang advanced. Tugasan yang melibatkan MOOC dan self reflection dalam blog memang dapat meningkatkan peluang dan keupayaan pelajar untuk menggunakan teknologi yang ada.

Kursus ini memang menepati objektif saya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sarjana Pendidikan Fizik, iaitu mendapatkan kaedah pengajaran yang inovatif, kreatif dan selari dengan teknologi kini. Ya... inilah yang saya mahu selepas a very long routine in teaching, hampir  12 tahun mengajar. Saya perlukan pembaharuan dalam kaedah pedagogi saya supaya kaedah saya lebih dinamik dan menarik minat pelajar.

In sha Allah saya akan manfaatkan semua ilmu yang saya perolehi dari kursus ini  sebaik mungkin untuk anak-anak saya di sekolah. Of course saya perlu letakkan banyak usaha, tenaga dan masa untuk melengkapkan kursus ini dengan cemerlang.
Tq Prof atas ilmu yang diberi.

Sekian dulu... jumpa lagi. Think positive always.
















No comments:

Post a Comment