Azie Said

Azie Said

Saturday, 30 May 2015

Video Inovasi PdP Menggunakan PBL

Assalamualaikum and a very good day semua.......

Akhirnya.. setelah melalui beberapa proses untuk melaksanakan PBL dapatlah saya menghasilkan satu video pendek tentang inovasi yang telah saya lakukan dalam PdP iaitu PBL.

Rasa malu dan menyampah pun ada bila tengok diri sendiri dalam video ni. Ha..ha..ha..
Maklumlah dah 11 tahun mengajar baru first time tengok macam mana diri sendiri mengajar. Sebelum ni tak pernah terlintas pun untuk merakam cara pengajaran. Sebenarnya ada baiknya jika sekali sekala kita rekod dan tengok balik cara pengajaran kita untuk diperbaiki.

Nasib baik saya sambung belajar buat master dan Prof Nurul bagi assignment ni. Kalau tak sampai pencenlah saya tak tengok macam mana cara saya mengajar. Oklah di bawah ni adalah video bagaimana saya melaksanakan PBL. Jika ada sebarang komen silakan... saya sangat berbesar hati. Mudah-mudahan saya dapat memperbaiki kaedah pengajaran saya. Selamat menonton....


Refleksi tentang inovasi yang telah saya lakukan juga terdapat dalam video. So... rasanya setakat ini dulu post kali ini. Think positively always.



PdP Bersama TNB

Assalamualaikum and a very good day semua.....

Masih lagi nak cerita tentang proses pelaksanaan PBL di sekolah. Saya telah berjanji dengan pelajar untuk membawa mereka ke pejabat TNB Temerloh untuk mendapatkan maklumat. Jadi pada 9 April 2015 saya telah ke pejabat TNB untuk menghantar surat permohonan untuk mengadakan lawatan. 

Maklumat yang saya dapat adalah pasukan yang mengendalikan taklimat ke sekolah-sekolah ini berada di Kuantan dan surat perlu di hantar ke sana. Saya mula rasa susah hati kerana saya bercadang untuk melaksanakan PBL pada minggu depannya, hari Khamis 16 April bermakna hanya ada dalam tempoh lima hari bekerja untuk menguruskan proses ini. 

Nasib baik pihak TNB Temerloh telah sanggup untk menforwardkan surat tersebut kepada pihak yang sepatutnya. Lega dah sikit..... Selepas berbincang tentang beberapa perkara, pihak TNB menyatakan mereka boleh datang ke sekolah untuk memberi taklimat. Ini adalah berita baik bagi saya kerana untuk membawa keluar pelajar seramai 73 orang memerlukan kos yang agak besar dari segi pengngkutan dan makanan dan juga makan masa yang lama. Tapi saya tahu ini adalah berita buruk bagi pelajar-pelajar saya kerana mereka sangat mahu keluar dari sekolah dan  berfoya-foya diluar. Hi..hi...hi...

Pada petang sebelumnya pihak TNB telah mengesahkan bahawa mereka akan hadir ke sekolah untuk memberi penerangan dan pameran. Alhamdulillah...... proses berjalan sebagaimana yang dirancang.

Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.





Pada mulanya saya dapati apa yang pihak TNB ingin sampaikan tak selari dengan hasil pembelajaran yang saya harapkan. Jadi sebelum taklimat disampaikan, saya menerangkan apa objektif pembelajaran yang ingin saya capai. Alhamdulillah kandungan pelajaran yang berkaitan ada diselitkan dalam penerangan mereka. Soalan-soalan daripada pelajar juga menjurus kepada ojektif pembelajaran kerana mereka telah membuat FILA chart sebelum ini. Saya merasakan bahawa 85% objektif pembelajaran telah tercapai melalui aktiviti ini.

Selepas menjalankan aktiviti bersama TNB ini saya berpendapat bahawa agensi-agensi luar seperti pejabat kesihatan, bomba dan penyelamat, TNB sendiri dan sebagainya sangat mengalu-alukan pihak sekolah untuk menggunakan khidmat dan kepakaran mereka. Mereka memang menyediakan unit khas untuk mengendalikan aktiviti diluar termasuklah di sekolah-sekolah. Jadi kita haruslah menggunakan peluang ini sebaik mungkin agar pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna.

Pihak TNB juga ada mencadangkan kepada saya untuk membuat lawatan ke pusat penjanaan tenaga menggunakan biojisim di Jengka. Masih dalam perancangan dan tidak tahu bila untuk direalisasikan. Perancangan terkini adalah untuk menghubungi pegawai di Jabatan Hutan Temerloh untuk membawa pelajar berekspidisi ke Gunung Senyum. Moga perancangan ini menjadi kenyataan... in sha Allah.....

Panjang sikit post untuk kali ini. So haruslah rasanya saya stop dulu. Teruskan hidup dengan positif.......




PBL Bersama Pelajar Ting 3

Assalamualaikum and a very good day everyone....

Kali ni nak cerita tentang perjalanan pelaksanaan PBL dalam kelas. Disebabkan saya  tak mengajar fizik maka saya melaksanakan PBL dalam subjek Sains Tingkatan 3, dua kelas iaitu 3 Abrar dan 3 Abqori. Bila diteliti tajuk yang sesuai adalah Bab 7: Penjanaan Tenaga. Saya sekarang sedang mengajar bab 4.

Jadi saya telah memaklumkan kepada mereka bahawa saya akan melaksanakan PBL dan menerangkan tentang proses pelaksanaannya nanti. Saya telah berjanji akan membawa mereka ke pejabat TNB Temerloh untuk mencari maklumat dan telah mengedarkan surat kepada ibu bapa pelajar agar memberi ruang kepada pelajar untuk melayari internet bagi menyiapkan tugasan mereka. Saya juga memaklumkan kepada mereka bahawa saya akan membuat rakaman video untuk saya dokumenkan dan dijadikan sebagai bahan tugasan saya di UPSI.

Pada mulanya semuanya berjalan lancar, namun di penghujung perbincangan dan pembentangan carta FILA kelas 3 Abqori, pelajar lelaki sudah mula main-main dan tidak memberikan kerjasama. Fakta dan idea yang dibentangkan merapu dan bertujuan menjadi bahan lawak dalam kelas. Saya mula naik angin dan suruh memberhentikan pembentangan mereka serta merta dan menamatkan kelas tambahan dan saya keluar kelas dalam reaksi muka yang marah. ( kelas tambahan sepatutnya berakhir pukul 4.00 ptg dan ketika saya keluar jam menunjukkan pukul 3.50 ptg)

Esok paginya saya dapati ada surat di atas meja di dalam bilik guru, ditulis oleh kumpulan pelajar tersebut. Mereka minta maaf atas kejadian semalam dan menyatakan bahawa mereka telah menggangu membuat tugasan master saya. Nampaknya mereka telah salah faham...... Mereka tidak merasakan bahawa aktiviti PBL yang saya laksanakan untuk kepentingan pembelajaran sains mereka tetapi adalah kepentingan untuk saya menyiapkan assignment semata-mata. Aduhai...... Apa dah jadi ni... Saya rasa sungguh kecil hati. Huuuwaaaaaaa.........




Ketika saya masuk kelas keesokannya saya perjelaskan kepada mereka bahawa saya marahkan sikap mereka yang tidak memberi komitmen, tidak serius, tidak memberikan kerjasama dan main-main. Saya juga menjelaskan bahawa pelaksanaan tugasan saya adalah sampingan sahaja dan yang utama dan pentingnya adalah pembelajaran mereka dalam tajuk ini.

Inilah dugaan kecil yang saya terima. Saya sedar untuk membuat sebarang perubahan pasti ada halangan dan cabarannya. Ini baru dengan pelajar saya sendiri, belum lagi jika mahu berhadapan dan membuat perubahan dengan masyarakat luar mesti lagi banyak karenahnya. Jadi kekuatan dan persiapan mental adalah sangat penting agar kita tidak mudah patah semangat.

Saya rasa sekian dulu untuk kali ini. Saya dapat rasakan betapa pentingnya untuk kita berfikiran positif, agar kita mudah untuk menerima sebarang perubahan dan tidak menongkah arus.


Falsafah Pendidikan Diri

Assalamualaikum and a very good day.....

Falsafah pendidikan diri.... satu perkara yang tidak pernah saya fikirkan sebelum ni. Masa kursus KPLI falsafah pendidikan kebangsaan memang sangat dititikberatkan agar apabila keluar mengajar nanti kami betul-betul faham tentang hasrat kerajaan dalam pendidikan.


Namun apabila Prof Nurul meminta kami meletakkan falsafah pendidikan diri dalam blog, saya mula tersedar rupa-rupanya saya tak pernah ada falsafah sendiri. Cuma yang saya ada adalah target untuk saya capai dalam jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang.

Saya mengambil masa yang agak lama untuk memikirkan apakah falsafah pendidikan diri yang harus saya pegang. Akhirnya inilah falsafah pendidikan diri saya yang dipersembahkan dalam bentuk video.

 

Namun yang paling penting  adalah moga-moga semua  yang kita  lakukan dikira  sebagai ibadah oleh Allah dan boleh membawa kita ke syurga Firdaus.... In sha Allah.

Sekian dulu.... Jika kita positifkan semua perkara maka hidup kita akan jadi lebih mudah.


Tuesday, 26 May 2015

PROBLEM DESIGN AND CRAFTING SCENARIO

Assalamualaikum and a very good day......

Mereka bentuk masalah dan membina senario... proses yang perlu dibuat untuk melaksanakan PBL. Kaedah ini telah dipelajari, dibincangkan dan dipraktikkan semasa minggu ke-4 kelas Prof Nurul. Bagi saya untuk membina senario ini bukanlah satu proses yang mudah. Kita perlu mengikut kaedah yang betul agar senario yang diberi dapat merangsang pelajar berfikir, mencari maklumat dan mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan.

Langkah-langkah yang perlu dipatuhi untuk mereka bentuk masalah dan membina senario boleh dilihat dalam handout yang telah diberi oleh Prof  Nurul seperti di bawah.



Ini pula template yang boleh digunakan.


Jadi berdasarkan ilmu yang ada saya pun cuba membentuk satu senario untuk saya applikasikan dalam kelas. Dan inilah yang dapat saya hasilkan.


TAK ADA ELEKTRIK LAGI? ALAHAI.....

Hari ini adalah hari yang sangat panas.  Dalam keadaan yang panas ini, tiba-tiba didapati bekalan kuasa elektrik telah terputus di seluruh bandar Temerloh. Hal ini bukanlah kali pertama berlaku. Dalam bulan Mac baru-baru ini sahaja, perkara ini sudah berlaku sebanyak  empat kali! Lebih malang lagi, adakalanya bekalan elektrik terputus sehingga tiga hari berturut-turut!



Berikutan masalah ini, Pengarah Tenaga Nasional Berhad telah menawarkan ganjaran sebanyak RM 20000 kepada sesiapa yang berjaya membuat kertas cadangan yang mampu menyelesaikan masalah ini. Kertas cadangan yang diusulkan ini perlu mengandungi:



i)      masalah yang mungkin sedang berlaku dan bagaimana untuk mengatasinya.

ii)    penilaian tentang sistem penjanaan elektrik yang sedia ada, sama ada perlu ditambahbaik dan dikekalkan atau perlu diganti dengan sistem yang baru.

iii)    penilaian tentang sistem penghantaran dan pengagihan elektrik yang   sedang diguna pakai.



Anda sebagai graduan baru daripada Universiti Sains Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Elektrik berhasrat untuk membuat kertas cadangan ini. Anda sudah dapat membayangkan duit RM20000 sudah berada di dalam poket dan boleh digunakan untuk membayar duit pendahuluan kereta Mitsubishi Lancer!



Diadaptasi dari http://pbl.ccdmd.qc.ca/


Problem scenario ini telah saya gunakan dalam kelas. Namun terdapat beberapa kesilapan yang telah saya lakukan.

1. Dalam senario ini saya menggunakan bandar Temerloh sedangkan sistem janakuasa adalah dibuat peringkat negara bukannya peringkat negeri atau daerah dan yang lebih parah lagi saya hanya menyedari kesilapan ini ketika pelajar membuat FILA chart..... ALAMAK..... Saya patut menggunakan "bekalan elektrik terputus di seluruh Malaysia"

2. Masalah yang perlu diselesaikan terlalu banyak sehinggakan tidak mampu disintesiskan oleh pelajar 


Ini adalah pengalaman pertama saya membina problem scenario.  Saya berharap lain kali saya dapat membina problem scenario yang lebih konkrit dan berkesan.....

Sekian dulu buat kali ini.
Hidup dengan sihat dan positif................ 



PRESENTATION LESSON PLAN

Assalamualaikum and a very good day semua...........

Hari ni nak cerita tentang presentation lesson plan. Lesson plan ini  perlu diserapkan dengan inovasi di dalamnya dan akan dilaksanakan di dalam kelas. Apa itu inovasi ? Inovasi adalah sesuatu yang baru yang tak pernah kita amalkan sebelum ini. Sudah pastinya elemen 'baru' di sini adalah lebih baik, lebih kreatif dan lebih dinamik.

Saya telah merancang untuk melaksanakan Problem Based Learning(PBL) dalam PdP saya. Dikira sebagai inovasi kerana ini adalah kaedah pengajaran yang baru bagi saya dan tak pernah digunakan dalam kelas.

Disebabkan saya tak mengajar subjek fizik maka saya telah memilih untuk melaksanakan PBL dalam subjek sains tingkatan 3. Tajuk yang dipilih adalah seperti dalam screenshot RPH di bawah



Disebabkan bidang pembelajaran yang dipilih agak luas maka  PdP dipecahkan kepada dua sesi yang mengambil masa 4 waktu. Dalam melaksanakan PBL persediaan yang rapi sangatlah penting agar kita dapat meminimumkan gangguan-gangguan sepanjang proses PdP.

Semasa saya membuat lesson plan ini saya dapat melihat betapa bagusnya PBL ini kerana setiap fasa  dalam lesson plan ini tidak menyentuh langsung tentang isi kandungan mata pelajaran. Apa yang dirancang adalah melibatkan bagaimana kaedah untuk pelajar sendiri mendapatkan isi kandungan tersebut berbanding secara traditionalnya, setiap fasa akan menyatakan bagaimana isi kandungan akan disampaikan oleh guru kepada pelajar. Baguskan !!!!

Jadi memang jelas bahawa PBL adalah satu kaedah pengajaran yang aktif dan berpusatkan pelajar yang sememangnya selari dengan dengan kehendak sistem pendidikan semasa dan kehendak pelajar.

Semasa pembentangan saya dapat banyak input daripada rakan-rakan dan cadangan penambahbaikan. Daripada pembentangan rakan-rakan pula saya dapat lihat banyak bahan yang boleh digunakan dalam PdP seperti Mani menggunakan Hot Potaoes, Zabidi menggunakan simulasi PHET, Siew menggunakan SCOM dan Izah menggunaka Kalkulator Grafik.

Tetapi yang sedihnya Prof Nurul tak dapat bersama semasa pembentangan ini. Saya pasti jika Prof ada semestinya Prof akan memberi komen dan input-input yang sangat berguna untuk menambah baik lesson plan kami. Kami mendapat khabar bahawa Prof terlibat dengan kemalangan ketika dalam perjalanan untuk ke kelas bersama kami. Alhamdulillah Prof selamat.

Jadi selepas ini kami perlu melaksanakan lesson plan ini dan divideokan. Semoga semuanya berjalan lancar. Sekian dulu untuk kali ini.
Mari kita positifkan semua perkara dalam kehidupan...... In sha Allah.

Wednesday, 15 April 2015

Berakhir Sudah....Emerging Trends & Technologies in the Virtual K-12 Classroom

Assalamualaikum and a very good day.......

Akhirnya tamat sudah sesi

Emerging Trends & Technologies in the Virtual K-12 Classroom
pada 29 Mac 2015 baru-baru ini.


Satu pengalaman yang sangat berharga, bermaklumat, berteknologi dan berinovatif setelah mengikuti MOOC ini.


Rupa-rupanya banyak free Virtual Classroom yang boleh diikuti untuk menambah ilmu pengetahuan dan menambahbaik kaedah PdP. Saya bersyukur kerana saya diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat Sarjana Pendidikan Fizik di UPSI. Saya banyak mendapat ilmu dan didedahkan kepada banyak perkara-perkara yang baru yang sememangnya ada di hujung jari.  

Semuanya hanya bergantung kepada usaha dan kemahuan diri sendiri. 


Keputusan keseluruhan pun dah keluar. Inilah keputusannya.
                             Quizzes 1-4                 40/40              = 40%
                              Final Quiz                   30.5/35           = 39.21%
                              Assignment               20/20              =15%
                         TOTAL                                                  =94.21%
                             
                                                                                   Rasanya oklah tu...  

 Lepas ni kena fokus pada lesson plan dan Web 2.o pula.

Setakat ini dulu, fikir positif, fikir positif, fikir positif.........