Assalamualaikum and a very good day......
Mereka bentuk masalah dan membina senario... proses yang perlu dibuat untuk melaksanakan PBL. Kaedah ini telah dipelajari, dibincangkan dan dipraktikkan semasa minggu ke-4 kelas Prof Nurul. Bagi saya untuk membina senario ini bukanlah satu proses yang mudah. Kita perlu mengikut kaedah yang betul agar senario yang diberi dapat merangsang pelajar berfikir, mencari maklumat dan mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan.
Langkah-langkah yang perlu dipatuhi untuk mereka bentuk masalah dan membina senario boleh dilihat dalam handout yang telah diberi oleh Prof Nurul seperti di bawah.
Ini pula template yang boleh digunakan.
Jadi berdasarkan ilmu yang ada saya pun cuba membentuk satu senario untuk saya applikasikan dalam kelas. Dan inilah yang dapat saya hasilkan.
TAK ADA ELEKTRIK LAGI? ALAHAI.....
Hari ini adalah hari yang sangat panas. Dalam keadaan yang panas ini, tiba-tiba
didapati bekalan kuasa elektrik telah terputus di seluruh bandar Temerloh. Hal
ini bukanlah kali pertama berlaku. Dalam bulan Mac baru-baru ini sahaja,
perkara ini sudah berlaku sebanyak empat
kali! Lebih malang lagi, adakalanya bekalan elektrik terputus sehingga tiga
hari berturut-turut!
Berikutan masalah ini, Pengarah Tenaga Nasional Berhad telah
menawarkan ganjaran sebanyak RM 20000 kepada sesiapa yang berjaya membuat
kertas cadangan yang mampu menyelesaikan masalah ini. Kertas cadangan yang
diusulkan ini perlu mengandungi:
i) masalah yang mungkin sedang berlaku dan
bagaimana untuk mengatasinya.
ii)
penilaian tentang sistem
penjanaan elektrik yang sedia ada, sama ada perlu ditambahbaik dan dikekalkan
atau perlu diganti dengan sistem yang baru.
iii) penilaian tentang sistem
penghantaran dan pengagihan elektrik yang sedang diguna pakai.
Anda sebagai graduan baru daripada Universiti Sains Malaysia dalam
bidang Kejuruteraan Elektrik berhasrat untuk membuat kertas cadangan ini. Anda
sudah dapat membayangkan duit RM20000 sudah berada di dalam poket dan boleh
digunakan untuk membayar duit pendahuluan kereta Mitsubishi Lancer!
Diadaptasi
dari http://pbl.ccdmd.qc.ca/
Problem scenario ini telah saya gunakan dalam kelas. Namun terdapat beberapa kesilapan yang telah saya lakukan.
1. Dalam senario ini saya menggunakan bandar Temerloh sedangkan sistem janakuasa adalah dibuat peringkat negara bukannya peringkat negeri atau daerah dan yang lebih parah lagi saya hanya menyedari kesilapan ini ketika pelajar membuat FILA chart..... ALAMAK..... Saya patut menggunakan "bekalan elektrik terputus di seluruh Malaysia"
2. Masalah yang perlu diselesaikan terlalu banyak sehinggakan tidak mampu disintesiskan oleh pelajar
Ini adalah pengalaman pertama saya membina problem scenario. Saya berharap lain kali saya dapat membina problem scenario yang lebih konkrit dan berkesan.....
Sekian dulu buat kali ini.
Hidup dengan sihat dan positif................