Assalamualaikum and a very good day....
Lama tak update blog.
Kali ini nak cerita tentang Peer Assessment yang telah dijalankan dalam Emerging Trends & Technologies in the Virtual K-12 Classroom dalam web coursera.org
Masa dah hampir dateline untuk hantar lesson plan hari tu, pening juga fikir tajuk apa yang sesuai untuk dihantar. Akhirnya decide untuk hantar tajuk macam mana untuk lukis rajah sinar kanta cembung.
Tajuk ini memang susah bagi pelajar untuk faham dan ingat. Apatah lagi sekiranya pelajar perlu melukis rajah sinar bagi cermin cekung dan cembung. Lagilah tunggang langgang.....
Tak dinafikan, kadang-kadang cikgunya sendiri pun confuse. Di bawah ni adalah screenshot rph yang telah dihantar.
Masa result nak keluar rasa suspen juga sebab takut markah rendah. Maklumlah markah ini akan diambil kira dalam markah kursus Prof Nurul ni.
Tapi Alhamdulillah... keputusan adalah memberangsangkan. Dapat full mark 20/20
Tapi yang lebih menggembirakan adalah mendapat komen daripada peer yang sangat positif dan berinformasi.
Tapi sebenarnya.... jauh di sudut hati rasa terkilan sangat sebab semasa membuat assessment untuk peer yang lain, saya memberi markah yang rendah kepada mereka dan tiada satu pun daripada ketiga-tiganya yang mendapat markah penuh. Jiwa untuk menilai itu terlalu kuat sedangkan sebenarnya markah ini hanyalah sebagai motivasi kepada peserta-peserta. Saya tak tahu sama ada sikap ini hanya ada pada saya sahaja atau sememangnya ini adalah sikap guru-guru di Malaysia.
Saya ada membincangkan hal ini dengan coursemate saya, Husaini. Rupa-rupanya dia pun mengalami rasa yang sama, terlalu rigid dalam memberi markah sedangkan orang lain bermurah hati memberi markah penuh kepadanya.
Mungkin ini kali pertama kami mengikuti MOOC ni, jadi kami tidak begitu faham tujuan diadakan pentaksiran ini. Bagi saya kesimpulan yang dapat dibuat adalah, pentaksiran yang dibuat adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu dan maklumat serta memberi motivasi sahaja. Kita tidak perlu terlalu strict dalam memberi markah.......
Oklah setakat ini dulu untuk kali ini.. think positive always.....




No comments:
Post a Comment