Azie Said

Azie Said

Tuesday, 26 May 2015

PROBLEM DESIGN AND CRAFTING SCENARIO

Assalamualaikum and a very good day......

Mereka bentuk masalah dan membina senario... proses yang perlu dibuat untuk melaksanakan PBL. Kaedah ini telah dipelajari, dibincangkan dan dipraktikkan semasa minggu ke-4 kelas Prof Nurul. Bagi saya untuk membina senario ini bukanlah satu proses yang mudah. Kita perlu mengikut kaedah yang betul agar senario yang diberi dapat merangsang pelajar berfikir, mencari maklumat dan mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan.

Langkah-langkah yang perlu dipatuhi untuk mereka bentuk masalah dan membina senario boleh dilihat dalam handout yang telah diberi oleh Prof  Nurul seperti di bawah.



Ini pula template yang boleh digunakan.


Jadi berdasarkan ilmu yang ada saya pun cuba membentuk satu senario untuk saya applikasikan dalam kelas. Dan inilah yang dapat saya hasilkan.


TAK ADA ELEKTRIK LAGI? ALAHAI.....

Hari ini adalah hari yang sangat panas.  Dalam keadaan yang panas ini, tiba-tiba didapati bekalan kuasa elektrik telah terputus di seluruh bandar Temerloh. Hal ini bukanlah kali pertama berlaku. Dalam bulan Mac baru-baru ini sahaja, perkara ini sudah berlaku sebanyak  empat kali! Lebih malang lagi, adakalanya bekalan elektrik terputus sehingga tiga hari berturut-turut!



Berikutan masalah ini, Pengarah Tenaga Nasional Berhad telah menawarkan ganjaran sebanyak RM 20000 kepada sesiapa yang berjaya membuat kertas cadangan yang mampu menyelesaikan masalah ini. Kertas cadangan yang diusulkan ini perlu mengandungi:



i)      masalah yang mungkin sedang berlaku dan bagaimana untuk mengatasinya.

ii)    penilaian tentang sistem penjanaan elektrik yang sedia ada, sama ada perlu ditambahbaik dan dikekalkan atau perlu diganti dengan sistem yang baru.

iii)    penilaian tentang sistem penghantaran dan pengagihan elektrik yang   sedang diguna pakai.



Anda sebagai graduan baru daripada Universiti Sains Malaysia dalam bidang Kejuruteraan Elektrik berhasrat untuk membuat kertas cadangan ini. Anda sudah dapat membayangkan duit RM20000 sudah berada di dalam poket dan boleh digunakan untuk membayar duit pendahuluan kereta Mitsubishi Lancer!



Diadaptasi dari http://pbl.ccdmd.qc.ca/


Problem scenario ini telah saya gunakan dalam kelas. Namun terdapat beberapa kesilapan yang telah saya lakukan.

1. Dalam senario ini saya menggunakan bandar Temerloh sedangkan sistem janakuasa adalah dibuat peringkat negara bukannya peringkat negeri atau daerah dan yang lebih parah lagi saya hanya menyedari kesilapan ini ketika pelajar membuat FILA chart..... ALAMAK..... Saya patut menggunakan "bekalan elektrik terputus di seluruh Malaysia"

2. Masalah yang perlu diselesaikan terlalu banyak sehinggakan tidak mampu disintesiskan oleh pelajar 


Ini adalah pengalaman pertama saya membina problem scenario.  Saya berharap lain kali saya dapat membina problem scenario yang lebih konkrit dan berkesan.....

Sekian dulu buat kali ini.
Hidup dengan sihat dan positif................ 



No comments:

Post a Comment