Assalamualaikum and a very good day semua.....
Masih lagi nak cerita tentang proses pelaksanaan PBL di sekolah. Saya telah berjanji dengan pelajar untuk membawa mereka ke pejabat TNB Temerloh untuk mendapatkan maklumat. Jadi pada 9 April 2015 saya telah ke pejabat TNB untuk menghantar surat permohonan untuk mengadakan lawatan.
Maklumat yang saya dapat adalah pasukan yang mengendalikan taklimat ke sekolah-sekolah ini berada di Kuantan dan surat perlu di hantar ke sana. Saya mula rasa susah hati kerana saya bercadang untuk melaksanakan PBL pada minggu depannya, hari Khamis 16 April bermakna hanya ada dalam tempoh lima hari bekerja untuk menguruskan proses ini.
Nasib baik pihak TNB Temerloh telah sanggup untk menforwardkan surat tersebut kepada pihak yang sepatutnya. Lega dah sikit..... Selepas berbincang tentang beberapa perkara, pihak TNB menyatakan mereka boleh datang ke sekolah untuk memberi taklimat. Ini adalah berita baik bagi saya kerana untuk membawa keluar pelajar seramai 73 orang memerlukan kos yang agak besar dari segi pengngkutan dan makanan dan juga makan masa yang lama. Tapi saya tahu ini adalah berita buruk bagi pelajar-pelajar saya kerana mereka sangat mahu keluar dari sekolah dan berfoya-foya diluar. Hi..hi...hi...
Pada petang sebelumnya pihak TNB telah mengesahkan bahawa mereka akan hadir ke sekolah untuk memberi penerangan dan pameran. Alhamdulillah...... proses berjalan sebagaimana yang dirancang.
Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.
Pada mulanya saya dapati apa yang pihak TNB ingin sampaikan tak selari dengan hasil pembelajaran yang saya harapkan. Jadi sebelum taklimat disampaikan, saya menerangkan apa objektif pembelajaran yang ingin saya capai. Alhamdulillah kandungan pelajaran yang berkaitan ada diselitkan dalam penerangan mereka. Soalan-soalan daripada pelajar juga menjurus kepada ojektif pembelajaran kerana mereka telah membuat FILA chart sebelum ini. Saya merasakan bahawa 85% objektif pembelajaran telah tercapai melalui aktiviti ini.
Selepas menjalankan aktiviti bersama TNB ini saya berpendapat bahawa agensi-agensi luar seperti pejabat kesihatan, bomba dan penyelamat, TNB sendiri dan sebagainya sangat mengalu-alukan pihak sekolah untuk menggunakan khidmat dan kepakaran mereka. Mereka memang menyediakan unit khas untuk mengendalikan aktiviti diluar termasuklah di sekolah-sekolah. Jadi kita haruslah menggunakan peluang ini sebaik mungkin agar pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna.
Pihak TNB juga ada mencadangkan kepada saya untuk membuat lawatan ke pusat penjanaan tenaga menggunakan biojisim di Jengka. Masih dalam perancangan dan tidak tahu bila untuk direalisasikan. Perancangan terkini adalah untuk menghubungi pegawai di Jabatan Hutan Temerloh untuk membawa pelajar berekspidisi ke Gunung Senyum. Moga perancangan ini menjadi kenyataan... in sha Allah.....
Panjang sikit post untuk kali ini. So haruslah rasanya saya stop dulu. Teruskan hidup dengan positif.......

No comments:
Post a Comment