Assalamualaikum and a very good day everyone....
Kali ni nak cerita tentang perjalanan pelaksanaan PBL dalam kelas. Disebabkan saya tak mengajar fizik maka saya melaksanakan PBL dalam subjek Sains Tingkatan 3, dua kelas iaitu 3 Abrar dan 3 Abqori. Bila diteliti tajuk yang sesuai adalah Bab 7: Penjanaan Tenaga. Saya sekarang sedang mengajar bab 4.
Jadi saya telah memaklumkan kepada mereka bahawa saya akan melaksanakan PBL dan menerangkan tentang proses pelaksanaannya nanti. Saya telah berjanji akan membawa mereka ke pejabat TNB Temerloh untuk mencari maklumat dan telah mengedarkan surat kepada ibu bapa pelajar agar memberi ruang kepada pelajar untuk melayari internet bagi menyiapkan tugasan mereka. Saya juga memaklumkan kepada mereka bahawa saya akan membuat rakaman video untuk saya dokumenkan dan dijadikan sebagai bahan tugasan saya di UPSI.
Pada mulanya semuanya berjalan lancar, namun di penghujung perbincangan dan pembentangan carta FILA kelas 3 Abqori, pelajar lelaki sudah mula main-main dan tidak memberikan kerjasama. Fakta dan idea yang dibentangkan merapu dan bertujuan menjadi bahan lawak dalam kelas. Saya mula naik angin dan suruh memberhentikan pembentangan mereka serta merta dan menamatkan kelas tambahan dan saya keluar kelas dalam reaksi muka yang marah. ( kelas tambahan sepatutnya berakhir pukul 4.00 ptg dan ketika saya keluar jam menunjukkan pukul 3.50 ptg)
Esok paginya saya dapati ada surat di atas meja di dalam bilik guru, ditulis oleh kumpulan pelajar tersebut. Mereka minta maaf atas kejadian semalam dan menyatakan bahawa mereka telah menggangu membuat tugasan master saya. Nampaknya mereka telah salah faham...... Mereka tidak merasakan bahawa aktiviti PBL yang saya laksanakan untuk kepentingan pembelajaran sains mereka tetapi adalah kepentingan untuk saya menyiapkan assignment semata-mata. Aduhai...... Apa dah jadi ni... Saya rasa sungguh kecil hati. Huuuwaaaaaaa.........
Ketika saya masuk kelas keesokannya saya perjelaskan kepada mereka bahawa saya marahkan sikap mereka yang tidak memberi komitmen, tidak serius, tidak memberikan kerjasama dan main-main. Saya juga menjelaskan bahawa pelaksanaan tugasan saya adalah sampingan sahaja dan yang utama dan pentingnya adalah pembelajaran mereka dalam tajuk ini.
Inilah dugaan kecil yang saya terima. Saya sedar untuk membuat sebarang perubahan pasti ada halangan dan cabarannya. Ini baru dengan pelajar saya sendiri, belum lagi jika mahu berhadapan dan membuat perubahan dengan masyarakat luar mesti lagi banyak karenahnya. Jadi kekuatan dan persiapan mental adalah sangat penting agar kita tidak mudah patah semangat.
Saya rasa sekian dulu untuk kali ini. Saya dapat rasakan betapa pentingnya untuk kita berfikiran positif, agar kita mudah untuk menerima sebarang perubahan dan tidak menongkah arus.

No comments:
Post a Comment