Assalamualaikum and a very good day semua...........
Hari ni nak cerita tentang presentation lesson plan. Lesson plan ini perlu diserapkan dengan inovasi di dalamnya dan akan dilaksanakan di dalam kelas. Apa itu inovasi ? Inovasi adalah sesuatu yang baru yang tak pernah kita amalkan sebelum ini. Sudah pastinya elemen 'baru' di sini adalah lebih baik, lebih kreatif dan lebih dinamik.
Saya telah merancang untuk melaksanakan Problem Based Learning(PBL) dalam PdP saya. Dikira sebagai inovasi kerana ini adalah kaedah pengajaran yang baru bagi saya dan tak pernah digunakan dalam kelas.
Disebabkan saya tak mengajar subjek fizik maka saya telah memilih untuk melaksanakan PBL dalam subjek sains tingkatan 3. Tajuk yang dipilih adalah seperti dalam screenshot RPH di bawah
Disebabkan bidang pembelajaran yang dipilih agak luas maka PdP dipecahkan kepada dua sesi yang mengambil masa 4 waktu. Dalam melaksanakan PBL persediaan yang rapi sangatlah penting agar kita dapat meminimumkan gangguan-gangguan sepanjang proses PdP.
Semasa saya membuat lesson plan ini saya dapat melihat betapa bagusnya PBL ini kerana setiap fasa dalam lesson plan ini tidak menyentuh langsung tentang isi kandungan mata pelajaran. Apa yang dirancang adalah melibatkan bagaimana kaedah untuk pelajar sendiri mendapatkan isi kandungan tersebut berbanding secara traditionalnya, setiap fasa akan menyatakan bagaimana isi kandungan akan disampaikan oleh guru kepada pelajar. Baguskan !!!!
Jadi memang jelas bahawa PBL adalah satu kaedah pengajaran yang aktif dan berpusatkan pelajar yang sememangnya selari dengan dengan kehendak sistem pendidikan semasa dan kehendak pelajar.
Semasa pembentangan saya dapat banyak input daripada rakan-rakan dan cadangan penambahbaikan. Daripada pembentangan rakan-rakan pula saya dapat lihat banyak bahan yang boleh digunakan dalam PdP seperti Mani menggunakan Hot Potaoes, Zabidi menggunakan simulasi PHET, Siew menggunakan SCOM dan Izah menggunaka Kalkulator Grafik.
Tetapi yang sedihnya Prof Nurul tak dapat bersama semasa pembentangan ini. Saya pasti jika Prof ada semestinya Prof akan memberi komen dan input-input yang sangat berguna untuk menambah baik lesson plan kami. Kami mendapat khabar bahawa Prof terlibat dengan kemalangan ketika dalam perjalanan untuk ke kelas bersama kami. Alhamdulillah Prof selamat.
Jadi selepas ini kami perlu melaksanakan lesson plan ini dan divideokan. Semoga semuanya berjalan lancar. Sekian dulu untuk kali ini.
Mari kita positifkan semua perkara dalam kehidupan...... In sha Allah.

No comments:
Post a Comment